Senarai destinasi pelancongan di Kota Kinabalu Sabah di bawah ini merupakan yang paling popular dan berbaloi untuk diterokai sekiranya pertama kali anda ke Negeri Di Bawah Bayu ini.
![]() |
| Prasailing di Manukan (Gambar oleh Uncle Google) |
Pulau-pulau ini terletak bersebelahan sahaja merupakan satu destinasi percutian di pulau yang sangat popular di Kota Kinabalu. Malah kalau nak ke sini pun tidak susah kerana jeti bot betul-betul berada di bandar KK. Terdapat juga beberapa pulau lain di sekitar Pulau Sapi dan Pulau Manukan yang boleh pelancong melakukan island hopping untuk aktiviti snorkeling, berkelah dan bermain sukan air seperti parasailing.
Shangri-La's Orang Utan Projek
Sekiranya anda menginap di Shangri-La's Rasa Ria Resort jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini untuk melihat gelagat beberapa ekor orang utan dan juga binatang lain seperti monyet.
![]() |
| UMS Aquarium (Gambar oleh Uncle Google) |
Terletak di kampus Universiti Malaysia Sabah, destinasi ini menawarkan beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung lakukan dan lawati seperti pameran terbuka terumbu karang, melihat tengkorak ikan paus, akuarium yang menempatkan udang gergasi, penyu laut dan ikan-ikan.
Kota Kinabalu City Mosque
Salah satu masjid utama di KK yang terkenal dengan jolokan masjid terapung. Senibinanya yang cantik dan kelihatan terapung terutamanya ketika air pasang memang sangat ideal untuk photoshoot di sini.
Muzium Negeri Sabah
Seperti juga di muzium negeri yang lain, di Muzium Negeri Sabah ini pengunjung boleh melihat sendiri sejarah dan artifak yang sangat berharga yang menceritakan pelbagai maklumat tentang sejarah, budaya, masyarakat di Kepulauan Borneo khususnya.
Imago Shopping Centre
Salah satu tempat membeli belah di Kota Kinabalu yang terbesar dan menjanjikan pelbagai jenis barangan dan juga makanan menarik tempatan untuk dicuba.
Gaya Street Sunday Market
Sebuah pasar yang beroperasi pada hari Ahad pada waktu pagi yang menjanjikan pelbagai jenis barangan produk tempatan untuk dibeli samada makanan, kraftangan, buah-buahan, cenderahati dan sebagainya.
Suria Sabah
Sebuah lagi pasaraya di Kota Kinabalu yang popular dan mempunyai banyak lot kedai yang menjual produk branded, pilihan makanan yang bervariasi dan di sini juga terdapat panggung wayang.
Pasar Malam KK
Sebuah pasar malam yang agak besar yang popular di kalangan mereka yang ingin mencari makanan laut bajet dan juga mencari cenderahati, Antara pasar malam yang popular yang ada di bandar Kota Kinabalu ialah Pasar Malam Sinsuran (Sebelah Le Meridien Hotel), Pasar Malam Segama dan juga Pasar Malam Kampung Air.
![]() |
| Perdana Park (Gambar oleh Uncle Google) |
Merupakan salah satu tempat menarik di KK untuk dilawati pada waktu malam, Taman ini mempunyai air pancut yang berwarna-warni dan diiringi dengan muzik lagu. Di sini juga terdapat trek jalan kaki dan sesuai untuk aktiviti riadan dan bersiar-siar petang/malam.
Pasar Filipina
Sangat sinonim di kalangan pelancong luar sebagai destinasi untuk membeli barangan kraftangan atau cenderahati seperti mutiara, hiasan dalaman, keychain, aksesori wanita dan jugak tempat untuk membeli produk laut kering seperti ikan masin. Pada waktu malam di area sini terkenal dengan gerai-gerai makanan laut yang murah dan segar-segar.
Signal Hill Observatory Platform
Dicadangkan untuk ke sini pada waktu awal pagi ataupun lewat petang kerana cuaca lebih sejuk. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki teksi ataupun berjalan kaki sekiranya anda menginap di sekitar Jalan Gaya, Dari atas platform ini pengunjung boleh menikmati keindahan panorama bandar KK dan juga pemandangan laut. Keadaan di sini agak meriah terutamanya di waktu senja kerana pemandangan sunset yang cukup menarik.
![]() |
| Kokol Hill (Gambar oleh Uncle Google) |
Mahu melihat pemandangan Gunung Kinabalu dan panorama sunset yang best? Apa kata ke Bukit Kokol yang terletak kira-kira 1 jam memandu dari bandar Kota Kinabalu. Di sini pengunjung boleh menaiki bukit ini yang menawarkan pemandangan bandar KK dan juga keindahan pulau-pulau di seberangnya yang pasti membuatkan anda terkesima.
Kota Kinabalu Wetland Centre
Satu tempat yang menarik di KK yang sesuai untuk mereka yang sukakan burung dan hutan paya bakau. Di sini terdapat boardwalk yang memudahkan pelancong untuk berjalan sambil melihat keindahan hutan paya bakau dan binatang-binatang liar di sini.
Masjid Negeri Sabah
Salah satu contoh masjid yang mempunyai senibina Islamik moden dan masjid negeri ini dibuka pada tahun 1977. Satu tempat menarik di KK untuk photoshoot sambil-sambil menunaikan kewajiban bersolat.
![]() |
| Pantai Tanjung Aru (Gambar oleh Uncle Google) |
hanya terletak kira-kira 6 km dari bandar Kota Kinabalu. Destinasi santai tepi pantai ini sesuai untuk anda berehat sambil-sambil melihat keindahan sunset pada waktu senja dan juga melihat kapal terbang mendarat di lapangan terbang. Terdapat juga beberapa pilihan penginapan dan hotel di sini.
Sabah Indoor Climbing Centre
Bagi yang sukakan aktiviti yang agak lasak, bolehlah mencuba memanjat dinding atau abseiling di sini. Sesuai untuk mereka yang masih beginner dan awan seronok menghabiskan masa di sini bersama kawan-kawan.
Tambunan Reflesia Reserve
Lokasinya mungkin agak jauh dari bandar KK dan bagi pencinta alam yang ingin melihat sendiri bunga terbesar di dunia ini, bolehlah memandu ke sini yang mengambil masa sekitar 2 jam dari bandar KK,
Monsopiad Cultural Village
Bagi pelancong yang ingin belajar dengan lebih dekat tentang budaya, adat dan kesenian kaum-kaum di Sabah, anda sangan dicadangkan untuk ke sini. Lengkap dengan kemudahan asas dan aktiviti menarik untuk dilakukan seperti menyumpit, melihat tarian, belajar cara hidup orang pedalaman dan sebagainya.
![]() |
| Keretapi KK (Gambar oleh Uncle Google) |
Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi steam seperti zaman dahulu kala, bolehlah singgah di sini. Bayaran menaiki keretapi klasik ini sangat berpatutan dan pelancong berpeluang untuk melihat susasana hutan dan perkampungan di sepanjang perjanan menaiki keretapi.
Credit to Caridestinasi
Untuk perkhidmatan kereta sewa sabah, boleh hubungi kami;
Call / Whatsapp / Telegram / Sms / Wechat : 012 844 0137
FB : Global Lepa Car Rental KK
IG : globallepacarrental






No comments:
Post a Comment